CODE ADSENSE BERMASALAH - kaellaaaa's

Advertisement

CODE ADSENSE BERMASALAH


Assalammualaikum

Setelah Google AdSense aku berjaya, aku pun mulalah nak berjinak-jinak dengan Google Adsense ni. Masa mula-mula lamar Google AdSense tu aku tak expect pun lamaran aku tu kena terima, tapi Alhamdulillah dalam seminggu aku lamar, lamaran aku kena terima. Masa aku dapat email tu, aku boleh senyum sampai telinga, tau tak ?

lepas dah berjaya tu aku adalah baca blog-blog yang lain cerita tentang Google AdSense ni, lepastu aku tertarik dengan blog amerjaya dia ada cerita tentang bagaimana nak letak Google AdSense ni dekat bawah title, tengah post dan dekat footer post (bawah sekali). Aku pun mulalah edit blog aku sesuai dengan ajaran amerjaya ni, masa letak dekat header Adsense tu Berjaya, fuhh nasib baik berjaya edit. 

Lepastu aku cuba pula edit dekat bawah title. Actually aku bab code html ni aku lemah (nangis) sebab pernah sekali dulu aku tekan apa tah boleh pula blog aku crack, nasib baik dah backup awal-awal, kalau tak menangis tak berlagu aku. Tekan punya tekan code html tu fuhh menjadi juga aku buat iklan AdSense tu muncul dekat bawah tittle. Senyum lebar aku nampak code tu menjadi.


Last sekali aku edit dekat tengah post, actually masa mula-mula tu aku taknak edit dekat tengah post sebab rasa macam menganggu pandangan pula (bagi aku lah) tapi entah apa yang buat tangan aku selamber je pergi edit dekat tengah post tu, edit punya edit lepastu siap, masa mula-mula aku preview code yang aku edit tu menjadi, aku pun dengan tenang tekan save. Lepas tu aku ada post tentang skin routine lepas aku edit Google AdSense tu, lepas aku view post yang aku post tu tetiba aku nampak iklan AdSense aku keluar, bukan setakat iklan tu yang keluar, sekali dengan code dia yang keluar.


Masa aku nampak tu aku ingat line aku lah yang masalah, aku try refresh Google aku masa tu then aku tengok lagi iklan tu, memang sah! Iklan dia keluar sekali dengan code dia. Aku pun mulalah menggelabah, yelah sebab code lama yang aku backup tu ada dekat laptop aku and the problem is laptop tu ada dengan kakak aku, aku pula guna laptop kakak aku, dah la kakak aku tu sibuk memanjang, nak harapkan dia hantar laptop tu memang takde masa lah dia nak hantar. Aku ada try baca dekat Google how to make AdSense right, tapi satu pun tak membantu. Lepastu aku ada nampak blog Kak maisarah sidi dia ada ajar macam mana nak letak iklan AdSense dekat tengah. Aku pun tanpa segan silu PM tepi kak maisarah nak tanya tentang masalah code aku tu, sebab kak maisarah ni ada buat blog editor, siapa rasa-rasa nak cantikkan lagi blog boleh PM tepi kak maisarah. Kak maisarah adalah membantu aku sedikit tentang AdSense aku tu. Sebab kak maisarah kata “maybe code tu tak sesuai dengan blog aku” beside mungkin aku edit dengan cara yang salah. Tapi bila cek lagi code tu tetap keluar. Aku pun dah mula buntu sebab tak tahu nak buat macam mana, last-last aku biarkan je, sebab masa tu aku agak sibuk sikit dengan program sekolah.

Bila masa dah free aku try la edit lagi blog aku, sebab buruk mata memandang bila baca nampak pula code html tu terkeluar, alahai. Banyak kali juga blog aku crack lepas aku edit tu. Sampai aku fade-up nak edit blog aku tu, masa dah fade-up tu aku tak tahu macam mana idea aku datang boleh pula aku mix kan code yang lama dengan yang baru, lepas aku tekan preview “wow! Menjadi doh” happy gila aku masa tu nampak iklan AdSense dengan code dekat tengah yang terkeluar tu dah takde.  So a big thanks to Amer jaya dan maisarah sidi sebab dah bantu aku hilangkan code html tu.

Pengajarannya, lepasni aku kena hati-hati bila edit code ni. Sebab memang ada pasang niat nak edit lagi code AdSense tu, nak bagi iklan tu keluar dekat tengah hehehe wish me luck guys J


Post a Comment

1 Comments

  1. you're welcome hahaha. baru godek godek blog... :D time ni busy 2017... xleh nak reply

    ReplyDelete