KAD RAYA! - kaellaaaa's

Advertisement

KAD RAYA!

Assalammualaikum..

siapa ada dapat kad raya ? angkat tangan sikit ☺ setelah sekian lama rasanya saya tak dapat kad raya, bila dapat kad raya ni rasa macam, wow sikit raya tahun ni, biarpun dapat lambat sikit tapi feeling tu masih, woww #RAYAKANSEBULAN

Kalau nak di ingatkan balik, dulu masa zaman whatsapp belum berapa nak terkenal selalu jugalah dapat kad raya tiap tahun nak dekat raya. feeling bila dapat kad raya tu macam, tak sabar nak buka, nak baca apa isi kad raya. kan ? lepas itu lekat kad raya dekat dinding rumah sebab saja nak tunjuk dengan orang kita dapat kad raya hehe 

Lagi-lagi bab gambar depan kad raya. haih tengok gambar depan kad raya pun dah boleh senyum lebar☺hee belum masuk ayat masa zaman budak-budak dulu. zaman teknologi belum nak naik la katakan. Bila ingat balik masa zaman muda dulu, alahai rindunya nak jadi budak-budak, gaduh sehari lepastu esok nak minta maaf takut tak kena kawan nanti hahaha lepastu bab kena cakap jujur, kalau tipu berdosa besar. alahaii.. cepatnya masa berlalu. 

jadi bila dapat kad raya dari Sabah Tourism Board rasa macam zaman muda kembali lagi. moganya jadi memori indah. Btw, Terima Kasih Sabah Tourism Board sebab kembalikan rasa zaman muda dulu kala ❤ 






Post a Comment

0 Comments