9:48:00 PM 0

Almond London Raya


Bahan-bahan :-
·         240gm tepung gandum
·         250gm mentega
·         120gm tepung jagung
·         120gm badam (dikisar)
·         40gm gula aising
·         2 biji kuning telur
·         1 sudu teh esen vanilla
·         Kacang badam secukupnya (dipanggang)

Bahan lain :-
·         Coklat masakan secukupnya
·         Lemak sayuran

Cara memasak :-
1.       Putar mentega dan gula aising sehingga kembang
2.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
3.       Masukkan badam kisar dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Pukul rata-rata tau
4.       Kemudian, masukkan pula tepung gandum dan adun sehingga doh tidak melekat di jari.
5.       Ambil sedikit adunan dan letakkan badam panggang di tengahnya, dan  bentukkan mendaji bujur. Tapi depends on creativity masing-masing kalau nak buat bentuk bulat atau bujur.
6.       Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 hingga 45 minit.
7.       Apabila biskut telah masak, keluarkan dan sejukkan seketika.
8.       Akhir sekali, letakkan biskut ke dalam cawan kertas dan tuangkan coklat masakan (yang telah di cairkan dengan lemak sayuran ikut kaedah boiling)


And last, taraaaaa. siaplah biskut Almond London Raya! (dah boleh makan dah lepas masak hehe yang penting tak makan masa puasa) 


selamat mencuba 😃

12:06:00 PM 0

Hujung Minggu di Ipoh


Perjalanan dari KL ke Penang tu mengambil masa dalam 4 5 jam dan sepanjang perjalanan tu kita akan melalui negeri Perak dan tempoh perjalanan yang paling lama ambil adalah di Perak tapi kita selalunya lalu ja, tak fikir sangat apa yang menarik kat Perak ni kan. Jadi, kawan aku ada cerita kat aku pengalaman dia travel ke Ipoh, Perak. Kat sana, dia stay kat M Boutique Hotel Ipoh. Dia cakap hotel tu memang best, katil dia selesa, location hotel tu pun sangat2 strategik. Hotel tu terletak di tengah2 Ipoh. Aku tanya dia, camna dia book and why that hotel? Dia cakap, sebab kat situ je yang paling berbaloi.
According to M Boutique hotel Ipoh reviews and avalaibillity kat google, tempat ni sangat la awesome. Jadi sebab tu, dia book this place via Traveloka. Harga untuk satu bilik pun murah dan ramai orang mampu nak book bilik kat hotel tu. Tempat2 menarik yang berdekatannya adalah Stesen Keretapi Ipoh yang sudah ada kat Ipoh tu sejak dari 1917 dan bangunan tu masih lagi tersergam indah dan cantik, Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercu tanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong. Kalau nak shopping baju or kain ka, dia cakap kita boleh p kat Greentown Mall sebab situ ada gedung tekstil Nagoya, boleh shopping kain nak buat baju raya.
Bila dah jalan-jalan ni, mesti la perut akan menyanyi lagu keroncong. Good news is, aku dapat tau ada satu restoran yang sangat2 famous bukan saja kat Ipoh, tapi kat satu Perak dan juga kat negeri2 lain. Kalau orang datang Ipoh, dorang sure cakap kalau tak pekena nasi vanggey, tak sah wei. Kat Ipoh gak kawan aku cakap, ada themepark yang 2nd largest di Malaysia, dia la yang cakap, Lost World of Tambun water theme park. The Lost World ni merupakan sebuah taman tema air yang dilengkapi dengan mata air panas semula jadi, petting zoo dan taman hiburan; cukup banyak taman tema yang sangat dibungkus dan menarik untuk keluarga untuk menghabiskan masa yang baik bersama-sama. Ni yang kawan aku cakap kat aku. Teruja gila aku ni. Tak sabar rasanya pulak rasanya tunggu turn aku untuk sampai ke sana.
Cakap pasal M Boutique Hotel kat Ipoh ni, kawan aku cakap kalau tak mau jalan kaki dan naik kereta, kita boleh guna UBER, aku pun terkejut sebab aku ingat kat Ipoh UBER takda lagi. Rate UBER dari hotel tu p kat stesen keretapi dan Greentown Mall tu tak sampai rm10 pun. Selain dari Ipoh, Taiping gak tempat yang banyak tempat menarik dan terkenal dengan mee udang di Kuala Sepetang. Di Taiping, ada Zoo Taiping, masuk ke zoo pun murah dari zoo negara. Zoo Taiping ni juga ada Night Safari, makna nya kita boleh masuk zoo waktu malam la, kalau nak tengok binatang2 dalam zoo tu aktif dan bermain2 sama2. Salah satu tempat yang harus anda lawati adalah tidak lain daripada taman terbesar di Malaysia "Lake Gardens", yang terletak berdekatan dengan Bukit Larut, juga di Taiping. Taman ini mempunyai sejarah yang panjang sejak dari tahun 1888, dan ciri yang menarik adalah pokok-pokok angsana aneh berbentuk dengan cawangan cenderung ke arah tasik, membentuk bentuk sebuah jambatan di atas jalan raya. Kawan aku cakap dia memikirkan pandangan yang pelik ini kerana dia berjalan-jalan di sepanjang taman tenang dan tenang.

Selepas dengar cerita pasal Ipoh dari kawan aku tu, aku terus bukak apps Traveloka dan cari date yang sesuai untuk berkunjung ke sana pulak. Base on my experience, Traveloka ni memang senang untuk book hotel and flight sebab kat situ kita boleh tau pasal tourist attractions yang berdekatan dengan hotel yang kita nak book tu.
SO YOU GUYS CAN CHECK IN TRAVELOKA