NARIOUCRAFT AND ECO TOURISM ( PART I ) - kaellaaaa's

Advertisement

NARIOUCRAFT AND ECO TOURISM ( PART I )


Assalammualaikum

6.may.2017 hike vs jungle trekking. Sabtu yang lalu kitaorang ada pergi jungle trekking dekat NariouCraft and Eco Tourism Kota Belud, sabah. Sebabkan ini adalah persiapan last minit so kitaorang datang dekat situ dengan badan yang tak ready dan dengan perut yang lapar.
5:30 A.M, planning untuk berkumpul satu group dekat shell, so actually saya sebenarnya tak kenal pun dengan orang-orang dekat group yang saya join ni, well said, tak kenal maka tak cinta kan. Jumpa dekat shell acah-acah okey, padahal dalam hati “alamak, macam mana nak hike lepasni, sorang pun aku tak kenal” sambil menunggu yang lain, ada sorang brader ni tegur , kitaorang gelar dia (abang ngah) “eh, baru join ke ? sebab tak pernah Nampak” “aah, baru join hee” dan senyum sokmo la lepastu.
 
7:00 A.M, gerak dari shell ke kota belud. Perjalanan untuk ke NariouCraft agak jauh sedikit, sebabnya kena lalu dalam kampung, suasana pun dah macam kampung, tapi memang best giler. Orang cakap “jauh perjalanan, luas pemandangan” tak gitu ?

10:00 A.M, sampai dekat lokasi yang nak dituju, actually kitaorang dah sampai dah sebenarnya, tapi tersalah jalan sikit so adalah memakan masa yang agak lama sedikit sebab jalan masuk dekat kampung tu pun belum berapa nak okey, well biasalah jalan kampung, kalau orang kampung dia akan tahu punyalah jalan dia macam mana kan ? boleh dikatakan kalau nak datang juga tempat tu kena ready kereta besar la hihi

Masa sampai dekat tempat tu kitaorang kena sambut dengan guide yang nanti akan bawa kitaorang ke tempat yang kitaorang nak pegi tu hee, sampai tu kitaorang kumpul dulu, baca doa untuk keselamatan diri. Yelah, kita kena jelalah hutan ni tak tahu apa akan jadi kan ? so kena doa minta dijagakan. (tips masuk hutan)


5 orang guide 

Then lepastu kitaorang kumpul dekat satu tempat ni untuk register nama dan adalah taklimat sedikit tentang tempat yang kitaorang naik pergi tu. Yang bestnye dekat tempat ni, orang-orang dia sangat friendly, then masa kitaorang datang  tu, kami disambut dengan bunyi paluan gong. So rasa macam wow (mulut agak tenganga sikit)

Dalam masa taklimat tu, guide akan bagitahulah apa benda yang boleh kita buat, apa benda yang tak boleh kita buat masa kita dekat dalam hutan. Yelah, dalam hutan ni ada benda lain lagi yang tinggal kan, so adab kita tu kena jaga.


10:30 A.M, kita mulakan perjalanan jungle trekking. Bismillah.



Post a Comment

0 Comments