BUKIT BONGOL PIRASAN, KOTA BELUD, SABAH. - kaellaaaa's

Advertisement

BUKIT BONGOL PIRASAN, KOTA BELUD, SABAH.

Assalammualaikum

14.MAY.2017 #SecondHikeWithTheTEAM

Semenjak dah jumpa group hike ni dah semakin rajin nampaknya aku nak kuruskan badan. So minggu lalu kitaorang hike lagi, plan hike sebelum menjelang ramadhan la katakana. So tempat kitaorang untuk next place dekat Kota Belud. Bila cakap tentang Bukit Bongol, memang sesetengah orang akan tahu tempat tu memang cantik, tapi sebelum nak menikmati pemandangan yang indah macam biasalah, kena lalui dulu “kepayahan” tu, tapi saya dengan 100% boleh pastikan yang korang tentu akan jatuh cinta dengan tempat ni, berbackgroundkan 10 bukit, dengan flora dan fauna yang memang menarik mata dan tak lupa dengan Gunung Kinabalu. 💕















 as you can see 10 peaks of BUKIT BONGOL


Kitaorang mula mendaki dalam jam 9, sebelum tu macam biasalah, baca doa buat panas badan sikit supaya otot takdelah nak terkejut sangat (tips sebelum hike, penting ni!). sebelum sampai ke puncak, kitaorang akan lalu 10 BUKIT ye, lepas dah lalu 10 bukit tu hah dah boleh happy-happy sebab dah sampai dekat puncak. 💪

Oh and yes. Make sure kena bawa air yang secukupnya (tips masa hike, penting ni!) sebab setiap satu bukit tu bukan rendah macam kau naik 20 langkah dah sampai dekat satu bukit hehe lepas itu kena save air la takut nanti masa turun takdelah nak menangis nak cari air.

“Turun tu steady la, takdelah penat” wehh jangan nak senang-senang cakap turun tu boleh senyum sampai telinga, turun tu lagi kau kena tahan, dengan naik turun bukit di tambah dengan haba yang memang panas sampai ke dalam badan, fuhh!. Korang akan rasa lepas korang dah pernah naik dekat bukit ni.

Tapi orang kata, pengalaman biar yang manis-manis. Alhamdulillah sampai juga aku dekat puncak bukit selepas aku lalu 10 BUKIT sebelumnya. Permandangan dekat puncak bukit tu memang subhanallah, lawa sangat. Kalau boleh taknak turun dah hehehe

 ohh i'm a happy girls 💃
🙈🙈 

Then lepas kitaorang turun, kitaorang sambung mandi sungai, biasalah nak tenangkan kaki yang dah penat sebabkan naik 10 BUKIT semata-mata nak sampai ke puncak.

Lastly, balik rumah baru perasan muka dah terbakar, dah berbelang dah muka ni hehe sampai orang dekat sekolah tegur “eh makin putih nampak” hmm hmmm aku sedar muka aku dah hitam. Hehe tapi tu tak menghalang aku untuk teruskan lagi lepas ini. Orang kata nak cari pengalaman la kan, sementara usia masih muda hee gunakan cuti yang ada, dari duduk rumah ternak lemak. Kan ?











Post a Comment

0 Comments