TERIMA KASIH - kaellaaaa's

Advertisement

TERIMA KASIH



ASSALAMMUALAIKUM (:

Lately, banyak benda yang aku menyesal. Banyak benda yang aku rasa kalaulah boleh ulang masa balik memang akan aku baiki benda yang buat aku menyesal seumur hidup aku. Kalaulah boleh. Tapi apakan daya, kita ni manusia tak lari dari buat salah, apa yang boleh teruskan hidup dan cubalah sedaya upaya baiki masa depan, baiki apa yang akan kita lalui lepas ni, sebab penyesalan takkan bawa kita ke belakang balik, penyesalan takkan buat kisah lalu kau berubah jadi baik macam yang kau idamkan. Faham ?

Terima Kasih dengan siapa ?

TERIMA KASIH dekat orang yang pernah menyakiti lalu tak merawat luka itu. Dulu masa mula-mula datang ‘’someone tu’’  aku tak harapkan apa sangat sebab takut, tapi makin lama kenal makin rasa macam ‘’ wow, dihargai ‘’ sampai on day aku pernah letak kepercayaan 100%  yang kononnya hati aku lepas ni kena jaga, kena rawat baik-baik tapi at the end ? sebaliknya. Sakit tau tak. Letak kepercayaan dekat someone, dibiarkan hati yang sakit. Tapi makin lama makin aku sedar, buat apa nak sakit hati lama sangat kan ? let it be. Ketentuan Allah, yang dia datang bukan untuk selamanya tapi untuk sementara. Dia datang bukan untuk jaga  hati kita selamanya tapi untuk bagi kita pengajaran. Bagi amaran yang lepasni jangan mudah bagi kepercayaan kau dekat someone lagi sampai kau kenal siapa dia sebenarnya. Dan TERIMA KASIH sebab dah sedarkan aku benda apa yang perlu aku buat sebelum aku bagi kepercayaan aku. TERIMA KASIH sebab kau sakitkan hati, aku dah semakin kuat untuk ubati sakit yang aku hadapi itu tanpa perlu berharap untuk “kau” datang balik dekat aku.

TERIMA KASIH dekat orang yang pernah menjatuhkan aku lalu tidak membantu aku untuk bangun semula.  Kononnya dulu berjanji setia, bersama-sama nak capai kejayaan sebab sama-sama nak berjaya, bila “kau” jatuh aku tolong “kau” untuk bangun semula, bila semangat “kau” jatuh aku bantu “kau” kuatkan semangat sebab tak ada jalan senang untuk capai kejayaan, bila “kau” ada masalah aku bantu semampu yang aku boleh bantu, tapi bila tiba giliran aku yang jatuh, “kau” hilang entah kemana, bila giliran semangat aku jatuh, “kau” menjauh entah sejauh mana, bila giliran aku hadapi banyak masalah “kau” menghilang tanpa tinggalkan jejak sikit pun dekat aku. Mana “kau” pergi hah ? mana janji yang pernah “kau” lafaz dulu untuk sama-sama capai kejayaan ? tapi tak apa, ketentuan Allah, sebab Allah dah atur jalan hidup yang aku kena lalui sebab  tak ada jalan singkat menuju kejayaan. Aku sedar yang orang tak akan selamanya ada bersama kau, kadang dia ada hanya untuk gembiramu, kadang dia ada hanya untuk kesedihanmu, tapi nak cari orang yang ada untuk gembira dan sedih tu, susah! Bersyukurlah jika masih ada yang setia bersama susah mahupun senang.
TERIMA KASIH untuk kenangan yang pernah ada. Sebab kekuatan diri takkan hadir kalau tak lalui benda pahit manis kehidupan dan benda yang aku lalui itu jadi kenangan buat aku, kenangan yang aku takkan lupa sebab kenangan itu yang buat aku bangun semula dan ubah diri aku yang dulu menjadi yang baik kepada yang lebih baik lagi. Yang buat aku sedar kekuatan diri itu sebenarnya ada dalam diri aku tapi aku tak pernah cari. 

Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita lalui sekarang, banyakkan berterima kasih sebab tanpa itu kita tak mampu bangun buktikan siapa sebenarnya diri kita yang sebenar ini. Dan biasakan diri untuk memafkan seseorang, sebab apa ? selagi kita simpan perasaan marah kita dengan “someone” itu, selagi itulah kita takkan dapat cari siapa diri kita yang sebenarnya, sebab kita sentiasa dibebani dengan masalah kita sendiri, masalah yang sebenarnya kita boleh baiki Cuma kekuatan ego menguasai diri kita. Memaafkan, kan lebih baik. Daripada terus menyiksa diri, kasihan kalau diri terus tersiksa.


TERIMA KASIH.   

Post a Comment

0 Comments