1:43:00 AM 0

TERIMA KASIH



ASSALAMMUALAIKUM (:

Lately, banyak benda yang aku menyesal. Banyak benda yang aku rasa kalaulah boleh ulang masa balik memang akan aku baiki benda yang buat aku menyesal seumur hidup aku. Kalaulah boleh. Tapi apakan daya, kita ni manusia tak lari dari buat salah, apa yang boleh teruskan hidup dan cubalah sedaya upaya baiki masa depan, baiki apa yang akan kita lalui lepas ni, sebab penyesalan takkan bawa kita ke belakang balik, penyesalan takkan buat kisah lalu kau berubah jadi baik macam yang kau idamkan. Faham ?

Terima Kasih dengan siapa ?

TERIMA KASIH dekat orang yang pernah menyakiti lalu tak merawat luka itu. Dulu masa mula-mula datang ‘’someone tu’’  aku tak harapkan apa sangat sebab takut, tapi makin lama kenal makin rasa macam ‘’ wow, dihargai ‘’ sampai on day aku pernah letak kepercayaan 100%  yang kononnya hati aku lepas ni kena jaga, kena rawat baik-baik tapi at the end ? sebaliknya. Sakit tau tak. Letak kepercayaan dekat someone, dibiarkan hati yang sakit. Tapi makin lama makin aku sedar, buat apa nak sakit hati lama sangat kan ? let it be. Ketentuan Allah, yang dia datang bukan untuk selamanya tapi untuk sementara. Dia datang bukan untuk jaga  hati kita selamanya tapi untuk bagi kita pengajaran. Bagi amaran yang lepasni jangan mudah bagi kepercayaan kau dekat someone lagi sampai kau kenal siapa dia sebenarnya. Dan TERIMA KASIH sebab dah sedarkan aku benda apa yang perlu aku buat sebelum aku bagi kepercayaan aku. TERIMA KASIH sebab kau sakitkan hati, aku dah semakin kuat untuk ubati sakit yang aku hadapi itu tanpa perlu berharap untuk “kau” datang balik dekat aku.

TERIMA KASIH dekat orang yang pernah menjatuhkan aku lalu tidak membantu aku untuk bangun semula.  Kononnya dulu berjanji setia, bersama-sama nak capai kejayaan sebab sama-sama nak berjaya, bila “kau” jatuh aku tolong “kau” untuk bangun semula, bila semangat “kau” jatuh aku bantu “kau” kuatkan semangat sebab tak ada jalan senang untuk capai kejayaan, bila “kau” ada masalah aku bantu semampu yang aku boleh bantu, tapi bila tiba giliran aku yang jatuh, “kau” hilang entah kemana, bila giliran semangat aku jatuh, “kau” menjauh entah sejauh mana, bila giliran aku hadapi banyak masalah “kau” menghilang tanpa tinggalkan jejak sikit pun dekat aku. Mana “kau” pergi hah ? mana janji yang pernah “kau” lafaz dulu untuk sama-sama capai kejayaan ? tapi tak apa, ketentuan Allah, sebab Allah dah atur jalan hidup yang aku kena lalui sebab  tak ada jalan singkat menuju kejayaan. Aku sedar yang orang tak akan selamanya ada bersama kau, kadang dia ada hanya untuk gembiramu, kadang dia ada hanya untuk kesedihanmu, tapi nak cari orang yang ada untuk gembira dan sedih tu, susah! Bersyukurlah jika masih ada yang setia bersama susah mahupun senang.
TERIMA KASIH untuk kenangan yang pernah ada. Sebab kekuatan diri takkan hadir kalau tak lalui benda pahit manis kehidupan dan benda yang aku lalui itu jadi kenangan buat aku, kenangan yang aku takkan lupa sebab kenangan itu yang buat aku bangun semula dan ubah diri aku yang dulu menjadi yang baik kepada yang lebih baik lagi. Yang buat aku sedar kekuatan diri itu sebenarnya ada dalam diri aku tapi aku tak pernah cari. 

Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita lalui sekarang, banyakkan berterima kasih sebab tanpa itu kita tak mampu bangun buktikan siapa sebenarnya diri kita yang sebenar ini. Dan biasakan diri untuk memafkan seseorang, sebab apa ? selagi kita simpan perasaan marah kita dengan “someone” itu, selagi itulah kita takkan dapat cari siapa diri kita yang sebenarnya, sebab kita sentiasa dibebani dengan masalah kita sendiri, masalah yang sebenarnya kita boleh baiki Cuma kekuatan ego menguasai diri kita. Memaafkan, kan lebih baik. Daripada terus menyiksa diri, kasihan kalau diri terus tersiksa.


TERIMA KASIH.   
1:44:00 AM 0

BELAJAR DENGAN YOUTUBE



ASSALAMMUALAIKUM

So lately ni, aku lebih banyak bagikan masa dengan photoshop, sebab nak study cara edit pro aku sanggup download banyak video dekat laptop semata-mata nak study cara pro edit gambar. Tapi end up aku sakit hati sendiri sebab apa dia cakap pun aku tak faham, dah aku download bahasa dia sepanyol memang satu benda pun aku tak faham. Tapi tu sesetengah video je, yang lain bahasa English, nasib baik ada kalau tak memanjang aku takkan faham apa dia ajar.

So aku dengan semangat yang membara ni dalam hati cakap ‘’lepas ni bolehlah edit gambar lelawa, yeayyy’’. Lepastu aku buka satu video while buka photoshop juga, aku try la edit cara yang dia ajar. Tapi , tapi , arghhhh! Satu benda pun tak jadi, dah edit separuh jalan bila dia buat benda yang aku tak tahu dari mana dia copy paste apa semua, hah mulalah gambar yang aku edit tu jadi macam-macam, jadi orang minyak la, jadi orang bedak sejuk la, orang muka lawa jadi buruk sebelah muka, orang warna muka putih dah tetiba jadi hitam, kuning, hijau apa semua, urghh! End up aku delete balik apa yang aku edit tu, pastu aku tutup photoshop lepastu aku dah tak buka dah, sakit hati punya pasal *gelak sakit hati*

Ending dia,jangan nak belajar dengan encik youtube je.Kita study kena combine banyak benda, jangan tertumpu dengan satu benda je, last-last memang takkan jadi ah kalau study dekat satu benda je, nanti hah merana macam aku, satu benda apa tah tak jadi. Otak kita ni sebenarnya takdelah pro sangat, tapi depends dengan orang tu sendiri, kalau dia tu pro sekali tengok je dah boleh buat, untunglah dia. Tapi kalau dah otak dia sebijik macam aku, hmm alamatnya kena berguru dengan orang pro la macamni. Sebab kalau tak berguru dengan orang sampai bila takkan pandai, sampai bilalah simpan kebodohan tu yang sebenarnya boleh dibendung. Jangan asyik nak jadi macam katak di bawah tempurung, benda apa yang jadi di luar dia langsung tak tahu, sebab malas.


p/s ; anyone who know how to edit photo with photoshop very well, bolehlah email, tweet, face me throw book, shot me some instagram picture or leave your comment right down, thankyou, I really appreciate it.

Twitter : @adziellaaaa
Facebook : noradziella dye
Instagram : @kaellaaaaa


Assif. Assalammualaikum