8:10:00 PM 0

Giliran kita belum, tapi pasti !



Assalammualaikum *muka senyum*

So ? Apa khabar iman harini, dah masuk bulan terakhir dah ni, iman ada naik tak ? Ke turun ke ? Atau hmmm tak naik tak turun. Let say, hati tu sifatnya berbolak balik, begitu juga dengan iman, ada naik ada turun ada pasang surutnya. So harapnya, naik laa biarpun sedikit ๐Ÿ˜Š jangan turun pulak ๐Ÿ˜Š yang 50/50 tu bawak² laa ubah diri sikit. Kalau rasa sayang dekat diri tak nak kena jilat dengan api neraka kelak hmm get ready, kena banyak buat amal sementara masih bernyawa. Sebab kenapa, ramai orang yang hidup nak mati sebab rasa amal dah cukup di dada padahal . .  Hanya Allah yang tahu, dan banyak yang sudah meninggal berebut-rebut minta dihidupkan semula, sebab apa, sebab nak hidup nak buat amal balik, sakit disiksa di kubur. ALLAHU. Pedihnya siksaan Allah tu tak boleh digambarkan dengan pedihnya bara api di dunia ni.
P/s, buat peringatan diri sendiri juga.

Hmmm. In this week, banyak sangat dapat berita orang tu meninggal, orang ni meninggal, orang sana, orang sini, orang situ. Sebenarnya setiap hari pasti ada yang meninggal cuma kita tak tahu dimana, dan kita tak kenal, lainlah yang ternama di persada ๐Ÿ˜Š setiap hari pasti ada manusia yang pergi menghadap ilahi, persoalannya, bersediakah kita bila tiba masanya kita yang pergi nanti ? Cukup ke amal kita ? Cukup baik kah kita di dunia ni ? Cukup bersedekahkah ? Macam mana kita didunia ? Macam mana sikap kita dengan ibu bapa kita ? Macam mana kita masa sekolah rendah ? Apa yabg kita lakukan selama ni didunia ?  Pasti banyak persoalan yang bermain di fikiran bila kita ingat tentang kematian. Sekali sekala tenangkan fikiran, bayangkan esok giliran kita pergi menghadap ilahi, macam mana kita nak berhadapan dengan Allah nanti kalau amal kita pun ala kadar ? Macam mana ? Ya Allah, sedih :(
kalau setakat sedih tu sekejap tapi niat nak betulkan diri tu lari ntah kemana baik ketuk kepala sikit baru sedar..


  "ูƒُู„ُّ ู†َูْุณٍ ุฐَุงุฆِู‚َุฉُ ุงู„ْู…َูˆْุชِ ูˆَุฅِู†َّู…َุง ุชُูˆَูَّูˆْู†َ ุฃُุฌُูˆุฑَูƒُู…ْ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูَู…َู†ْ ุฒُุญْุฒِุญَ ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَุฃُุฏْุฎِู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูَู‚َุฏْ ูَุงุฒَ ูˆَู…َุง ุงู„ْุญَูŠَุงุฉُ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุฅِู„ุง ู…َุชَุงุนُ ุงู„ْุบُุฑُูˆุฑِ "                 

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"
[Al-Imran. Ayat 185]

Dalam Al-Quran pun Allah dah bagitahu kita, setiap apa yang hidup di atas muka bumi Allah ni pasti akan merasakan kematian. Larilah sejauh mana, bersembunyilah dimana sahaja, dimana pun kau berada, apa pun rupa bentuk kamu masa tu kalau dah sampai ajal pasti akan merasakan yang namanya KEMATIAN. Pasti ! Biarpun kau anak raja sekalipun, anak PM, anak yang terdaulat, anak orang kaya, anak orang miskin, anak yatim, anak yatim piatu, punya ilmu tinggi, ilmu apa sekalipun, siapa pun anda, PASTI AKAN MERASAKAN KEMATIAN. 

Baiklah, siapa yang boleh janjikan diri dia pasti hidup di esok harinya ? Siapa boleh jangka hayat dia sampai bila ? Siapa boleh yakinkan diri dia tu akan dapat lari dari kematian ? Siapa ? Hah biarpun nabi sekalipun, dia tak tahu, tak boleh janjikan yang besoknya dia hidup atau sebaliknya. Inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat dosa ni. Allahu :(

Hah, kalau dah rasa² amal tuk tak cukup bawak² laa ubah diri tu sikit. Kita ni umat akhir zaman. Bila-bila Allah boleh suruh malaikat Israfil tiup sangkakala. Bila-bila masa Allah boleh suruh malaikat Izrael cabut nyawa kita, harini orang tu, esok orang ni, manatau tulat kita pulak. Siapa tahu kan ? Ajal menyapa dahulu. Kita tak tahu. kena banyak muhasaba diri, kena banyak beringat tentang kematian supaya makin bertambah iman dihati tu sikit, jangan asyik ingat tentang dunia yang tak kekal mana ni. Jangan asyik ingat populariti kita, kebahagiaan kita, kekayaan kita, kecantikan kita, kekacakan kita, hensem bagai, comel bagai, sebab semua tu kita tak akan bawa masuk kubur pun nanti..

Al-Fatihah buat,
NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KELUARGA BAGINDA, SAHABAT BAGINDA, PEJUANG ISLAM SEKALIAN.
Buat arwah pakyus, arwah mariani, arwah Tunku abd Jalil, buat arwah datok saya :(  Dan buat sekalian unat manusia di muka bumi ni. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.

Ambik masa 5minit baca Al-Fatihah, tak lama mana pun.

Assif. Assalammualaikum.
10:01:00 PM 0

Detik Waktu



Assalammualaikum semua.

So apa khabar hari ini ? Sihat ? Apa khabar iman dihati harini ? Dah semakin meningkat ke dah semakin down. Kalau dah semakin meningkat Alhamdulillah teruskan. Yang tengah down tu bawak bawak la diri tu up kan sikit iman didada. Bukan apa, kita manusia bersifat pelupa, mana yang lupa kita ingatkan. Tak salah kalau saling ingat mengingati sebab memang sifat manusia lupa. ๐Ÿ˜Š

Waktu solat bagi sabah dan sarawak

Subuh  4;44AM
Zohor  12;02PM
Asar  3;21PM
Maghrib  5;59PM
Isya  7;10PM 

Kenapa saya tunjuk waktu solat sabah sarawak ?

Sebab saya asal sabah ๐Ÿ˜Š bukan setakat tu saya tunjuk sebab nak bagi tengok dekat semua orang, tengok la sekarang masuk waktu jam berapa ? Allahu saya terkejut besar tadi, bukan apa. Sebelum ni maghrib sini masuk waktu dalam jam 6 petang tak pernah lagi dalam jam 5 petang,  mungkin pernah tapi mungkin waktu tu saya tak berapa ambik kesah sangat. Tapi bila umur dah meningkat ni dah tau selok belok semua dah tahu mana yang wajib, mana yang haram, mana yang halal. Saya semakin ambik berat tentang semua tu malah saya makin fikir saya kaji dengan teliti kenapa boleh macam tu ? Kenapa ? Dan kenapa ?

Dan sekarang saya sedar, kita ni umat akhir zaman. Memang semua orang perasan benda yang sama tapi TAK SEMUA ambik kesah tentang apa yang berlaku, TAK SEMUA kesah kenapa macam tu.  TAK SEMUA. Saya ulang TAK SEMUA !

Bila saya sedar makin hari makin cepat waktu berlalu, saya jadi takut, bukan saya takut sebab masa meninggalkan saya tapi saya takut kalau kalau tak sempat nak taubat dekat Allah tengok tengok bangun esok pagi matahari dah terbit sebelah barat. ALLAH. Sungguh saya takut.

Dengan dunia zaman moden ni sekarang banyak benda boleh melalaikan seseorang, bukan setakat melalaikan tapi membuatkan kita sampai lupa untuk lakukan perkara wajib terlebi dahulu sebab apa ? Sebab terlalu lalai dengan gadjet gadjet yang ada dalam zaman moden ni. ALLAHU. Masa semakin hari semakin meninggalkan kita tapi kita ? Ada kita gunakan masa tu dengan sebaik baiknya ? Ada kita guna masa tu untuk kebaikan ataupun sebaliknya ? Adakah setiap detik waktu kita ada bersyukur kepada Allah ? bertasbih kepada-NYA ? Memohon ampun kepadanya ? ADA ! ? Tepuk dada tanya iman kita. Cukup ke bekal iman kita hari ini untuk akhirat kelak ? CUKUP !? Saya sampai semakin hari semakin geram dengan diri sendiri sebab apa ? Sebab kadang terlalu leka, terlalu leka dengan apa yang sepatutnya saya lakukan dengan apa yang sepatutnya SAYA TIDAK LAKUKAN.

Tapi bila semakin hari semakin terasa bahawa akhir zaman sudah semakin mendekat saya terpaku sendiri, teringat dosa dosa lalu, Allahu. Sungguh, kalau boleh putarkan masa saya nak perbaiki apa yang saya lakukan saya nak perbetulkan apa yang salah, semuanya. Tapi apakan daya, sebab tu orang kata,"masa itu emas, kakau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita" dan saya sendiri leka sampai tidak pernah perasan bahawa masa itu betul betul emas. Betul betul emas yang sangat berharga, yang mana setiap detiknya, setiap saatnya, setiap minitnya itu SANGAT BERHARGA. SANGAT BERHARGA !

sama-sama muhasabah diri, sama-sama ingatkan diri. Mana yang buruk kita jauhi mana yang baik kita jadikan teladan. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Ingat, pintu taubat Allah masih terbuka, jangan sia siakan peluang yang ada, tepuk dada tanya iman kita, sama ada kita nak kejar peluang kita atau kita biarkan peluang tu pergi begitu sahaja.

Assif ;) assalammualaikum.



10:28:00 PM 0

Salam Maal Hijrah 1437H



Assalammualaikum semua (: 

Cepat kan masa berlalu ? pejam celik pejam celik dah masuk 1 Muharram.
Memandangkan harini 1 Muharram, so nak share sikitlah pasal perubahan di tahun baru ni. Hmm hmm jangan sangka tahun baru tu sekali je, tahun baru tu ada dua kali, satu dalam kelender biasa yang kite tengok tu and satu lagi dalam kelender islam lah seharusnya. For those people in this earth in religion of ISLAM mesti tahu awal tahun dalam kelender islam kan ? Kalau tak tahu tu tepuk dada tanya iman sikit (:

SALAM MAAL HIJRAH semua. Once again.

Dah masuk tahun baru ni azam kene baru, jangan asyik azam nak lulus tapi usaha takdo, jangan asyik nak hidup mewah tapi usaha nak cari rezeki takdo, jangan kata azam tahun ni nak jadi budak baik tapi tetap buat jahat sana sini. *tepuk dada tanya diri sendiri*... tahun baru ni kene ubah diri sikit, sampai bila kita nak hidup dalam zaman jahil kita kan ? Sampai bila nak tanggung dosa lambak sana sini ? Sampai bila nak tambah dosa mak ayah, tak sayang mak ayah ke ? kalau sayang mak ayah, please make a move on. Jangan sampai nanti pintu taubat dah tutup baru sedar timbangan dosa lagi berat dari pahala. Allahu. Moga dijauhkan dari sifat ni *sob sob lap air mata*

For those yang selalu kata "ala bro, hidayah belum penyapa la bro", "alaa sis, belum sedia la sis nak pakai tu ni, tak sedia lagilah".. sampai bila nak jadi macam ni bro ? Sis ? Sampai bila kita nak elak "HIDAYAH" yang sebenarnya dah lama menyapa kita,  cuma kita yang tak sedar , tak ambik tahu. But actually bukannya kita tak sedar, cuma kita buat buat tak sedar sebab mungkin dalam kepala hotak dia "umur masih panjang la wei, buat apa nak taubat awal, nanti dah tua barulah, masa muda masa enjoy" k, for those yang ingat macam ni please take a note sikit.

Pintu taubat pun tak tunggu korang nak taubat tau. Ajal muda tua dia tak kira tau. Muda tua kalau dah ajal memang ajal. 

Peringatan buat diri sendiri juga. Sebab manusia memang takkan lepas dari dosa tapi bilamana dia still try taubat mintak ampun dengan Allah, insya Allah diampunkan (:
makcik pakcik auntie auncle Abang kakak adik adik sayang semua, masa mudalah bagus kalau nak berubah sebab otak masih fresh, badan masih sihat kuat dan bertenaga. Jyeahh. Takkan menyesal punyelah kalau nak berubah awal ni. Memanglah kalau nak berubah tu ada "BENDA"  hilang sikit dari diri kita tapi ingat yang hilang Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik sebab Allah takkan ambik yang kita sayang melainkan dia akan ganti dengan benda yang lagi baik. Percaya janji Allah. Insya Allah bahagia. In sya Allah  *senyum sikit (:* apa yang saya bagitahu ni betul sebab saya sendiri merasa benda yang sama *chill*

And For those yang otw dalam perubahan, teruskan sayang. Jangan toleh belakang, biasalah kalau dalam perubahan tu ada naik ada turunnya, yang penting kita kena terus kehadapan jangan asyik nak pandang belakang je kan ? Sampai bila ? *tepuk dada tanya diri sendiri* kalau rasa banyak beban yang datang dalam tempoh "PERUBAHAN" jangan mengalah, sebab Allah takkan uji seseorang tu diluar kemampuannya. Yang penting kena kuatkan semangat ๐Ÿ’ช kena pegang niat tu kuat kuat nak berubah sebab apa. Jangan berubah sambil lewa. Memang lewa jugalah usaha kalau macam tu kan ? Hmm hmm


So, di kesempatan ini, admin nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau ada terkasar bahasa, termakan terminum tercakap atau terambil mohon dihalalkan mohon dimaafkan. Siapa tau dalam diam ada yang menyimpan perasaan. Siapa tahu kan hati manusia. Saya pun manusia biasa tak lepas dari dosa. Kalau nak kata baik tu tak juga cuma saya sedang berusaha ingin menjadi yang terbaik untuk yang terbaik di mata Allah nanti. saya pun masih banyak lagi kekurangan, masih banyak lagi benda yang perlu saya pelajari. tapi saya takkan mengalah, kena kuat untuk jadi kuat.  Saya minta maaf semuanya (:

๐ŸŒธ Xoxo Assalammualaikum. Laila saedah ๐ŸŒธ

8:59:00 PM 0

Manukan Island Part II



Assalammualaikum (; 


So dah balik dah balik dekat citer island aku ni. Haha *gelak happy*.

Nak dijadikan citer, actually kitaorang tak jadi senanye nak gi island ni tapi tetiba malam tu kitaorang plan balik then esoknya jadi, and im so exited !

4.10.2015

So kitaorang bertolak dalam jam 8 macam tu yang penting sampai jeti sebelum jam 9 sebab biase bot akan jalan adalah dalam jam 9 macam tu, so sampai jeti kitaorang daftar bot bayar tu bayar ni. Kitaorang pegi satu pulau je sebab misi utama kitaorang pegi pulau sebab nak mandi laut je sebenarnya. Yeyehh !
So kitaorang bayar dalam RM45 capur dengan safe jaket and #spek renang.  *actually lupa nama dye ape, malas nak google ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚* Murah kan ? At least tak cecah upper hundred kan ? Murah la tu, murah la.  Hohoho

9;10AM

Sepatutnya boat kitaorang jalan jam 9 tapi disebabkan ada jem sikit dekat laut so kitaorang jalan jam 9;10 lewat sepuluh minit je pun kah kah. Then dalam 9;10am kitaorang bertolak pegi pulau huaa then kitaorang sampai tu im not sure jam berapa sebab too exsited sampai pulau tak tengok jam dah yang saye tengok permandangan pulau je. So so so beautiful subhanallah. Then sampai pulau kitaorang chek in bayar rm3 sebab dah besar kalau kitaorang adult bolehlah bayar rm1 tapi umur tak mengizinkan bayar rm1, so issokey la yang penting happy (;

Sampai tepi pantai kitaorang servey tempat yang teduh sikit lepastu yang penting dekat sikit dengan pandangan mata, takut nanti ada yang hilang kang menangis kang. Haa (; lepas cari tempat kitaorang terus terjah laut, tak tukar baju sebab dah ready dah pun pakai baju siap sedia mandi terus. Hahaha kan senang macam tu kan ? Haa ;) *dengannadahappy*

Mandi punya mandi kitaorang stop dalam jam 12;50 sebab nak ready tukar baju kering lepastu balik jeti, kitaorang ambik sampai jam 2 je sebab tu berenti awal lagipun kalau tengah hari nak mandi laut tambah hitam kang, menangis nanti kitaorang kalau terlampau hitam. Then lepas dah siap salin pakaian kitaorang shooting kejap. Well tempat menarik sape je yang tak nak take a selfie kan ? Tu perkara paling wajib tu tau kah kah memang semua orang pun buat bende same an kalau pegi tempat best macam tu *peace* . Lepas shoot makan kejap (bekal sendiri)

Dah siap makan, siap salin pakaian, siap shoot dalam jam 1;50pm macam tu kitaorang pegi tempat tunggu boat sebab masa dah habis, jam 2.00pm kitaorang balik jeti, tapi sebelum balik sempat jugak jenguk dua pulau tu, tapi tengok macam tu jelah dari jauh kalau nak jejak kaki tu i guess belum sempat lagi kah kah *gelaksedihsikit*

Lastly, sampai jeti, dah sampai jeti mata pun semakin penat mengantuk giler biaselah kan lepas mandi mesti penat.. so kitaorang balik dengan penatnya then dengan mata yang tahan mengantuk plus dengan hati riang ria happy semacam.. happy gile sebab dapat pegi tempat tu, lepasni nak pegi lagi tapi nak try main satu game. Kah kah kah baru puas hati. Hihi

Xoxo assalammualaikum. 
2:04:00 PM 2

Manukan Island part I



Assalammualaikum semua. 

Chillax hope korang semua sihat insya Allah.. hihi kalau tak sehat tu biasalah, musim yang tak menentu. Kena lagi dengan adanya jerebu teruk thats why kena jaga kesihatan. Dimana juga kita berada, mesti kene jaga kesihatan. Kang sakit kang sape yg susah ? diri sendiri jugak yang susah kan, so sebelum nak susahkan diri sendiri better jaga kesihatan tu.

K fine ! Panjang lebar aku cakap pasal kesihatan. Well haze make my mouth bising bla bla bla pasal kesihatan..

So, hmm done about kesihatan ? Hihi ofcos la done already. K back to my tittle, MANUKAN ISLAND PART I, so citer sikit pasal manukan island, ianya terletak di sabah, witch is in the middle of SAPI ISLAND AND MAMUTIK ISLAND. stratejik kan tempat island ni, dah tempat pun stratejik mestilah syok kan ? Kah kah

 ๐Ÿ˜ Tiga pulau ni same je ke ?

 Actually, sy tak berapa nak sure sama ke tak sebab saya tak pernah jejak kaki lagi untuk pulau sapi dan pulau mamutik tu. Ada rezeki nanti saye jejak kaki juga dekat dua pulau ni, insya Allah. Nanti.

Apa yang ada dekat MANUKAN ISLAND ? 

Hmm tell you what. Kalau ada pulau mesti ada ikan, ada laut, ada hutan, ada darat, but with the detail one. Pulau kot kan ? Mestilah ada laut. Well everyone suka pulau, tapi kalau yang gayat / tak suka / trauma or whatever it is. Tu lain citer aa, but for me, i like it much. Ya Allah, kalau korang nampak lepastu hayati ciptaan Allah, sungguh korang pasti jatuh cinta. Tell you, ciptaan Allah tu betul betul cantik betul betul indah subhanallah, hanya hati, mata dan perasaan aku jer yang tahu macam mana indahnya ciptaan Allah sampai aku tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Seriously, sangat indah. Subhanallah.

Wow ! Hmm hmm murah ke ? Mahal ke ? ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ



Pendapat aku, okeyy kene servey dulu nak pegi island nak buat ape ? Nak mandi ke ? Playing a game yang island dah sediakan ke ? Nak main fkying fox ke ? Ape ke ? KAlau rasa nak jejak kaki je nak hayati alam sekitar murah la kot bagi aku for one island ONLY laa. Kalau nak jejak kaki untuk 3 island murah jugak sebab it just under RM50. Right ? So bebaloi la kan ? Dapat jejak kaki untuk tiga island for just under RM50. Kan ? Kan ? Bagi aku dah kira berbaloi la tu. The ceap one. Ecewahhh kah kah -.- Tapi kalau korang rasa nak mandi, nak rasa air laut masin dye macam mane bolehlah kot stay satu island je sebab mandi laut pun best jugak. Yeyehhhh ! Tapi kene ade kos lepas la, kene pilih untuk tiga island tu nak pegi island yang mana satu aa macam tu haaaa

 Ohh ade game jugak ehh dekat island ni ? 

Haipss mestilah ade *buat-buat tahu* okeyy actually pasal game ni saye tak berape nak sure sebab aku tak penah try lagilah nak main game dekat island ni, takpe next time saye jejak kaki saye try main ehh hahaha. So nak tahu lebih lanjut boleh la minta tolong encik google. So yang belum try. Please, try la biar pun satu island. Rugi korang tak try sebab pulau ni Ya Allah, subhanallah, cantik sangat. Saye tak tipu. Ni betul-betul bukan main-main hihi . So kene try jangan tak try.

Xoxo assalammualaikum ;)
10:09:00 PM 0

Continue studying


hai people. kaifa haluka/haluki ? 

so, harap korang sehat selalu takdelah nak ngade sakit-sakit ehh hihi. amin insya Allah.

so hmm talk about my tittle today, ada rasa sedih kat situ kan ? huu *lap air mata* actually, yes i am. yes ! yes ! and yes ! sedih sebenarnya bila tengok kawan-kawan dah sambung study and look at me, still sitting here like people with no idea. tapi takpe, chillax. study boleh sambung bila-bila masa cuma yang penting saya mesti ada kepercayaan diri, kena kuat untuk jadi kuat, kena semangat untuk capai apa yang saya nak sebenarnya. hmm.

so talk about study. takpe bukan rezeki nak sambung study tahun ni takpe boleh cuba next year. insya Allah ada jalan punyelah. takkan nak mengalah awal kan ? ofcos no, that is none of my type. so dengan kesabaran yang ada dalam hati. sabar jelahh. 

so untuk kawan-kawan yang berada nun jauh dimata, semoga berjaya, goodluck with the new chapter, goodluck with youre new friends, new situation and what ever it is. ni bukan zaman budak sekolah k kena buat somethings with geng, ni zaman remaja that show you, kau buat semua benda kena buat sensorang, tak buat tak untung ape pun tapi kalau buat untung besar beb. haaa so GOODLUCK DEAR DEAR ALL. 

hmm lastly. i miss you guys. kbye

5:46:00 PM 0

10 hari terakhir RAMADHAN

ุงุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุฉ



Hai semua :') so sepp sikit hihi hope 
korang sihat aa selalu okeyy ๐Ÿ˜‰
         


Ramadhan 10 days left



tup tap tup tap ramadhan tinggal 10 hari je lagi. Sedih kot, sebab tak tahu lagi umur aku sempat ke tak untuk Ramadhan next year :'(
Bila diingatkan balik, 20 Ramadhan yang lalu banyak ke amalan yang kita buat ? Banyak ke amal ibadah kita buat ? Berapa banyak orang susah kita tolong ? Berapa juzu kita habis dalam sehari ? Rajin ke baca quran ? Ke tidur memanjang je ? Banyak laa lagi yang perlu kita soal dalam diri kita balik, bukan saya cakap untuk orang lain tapi untuk diri saya sendiri jugak.


Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan :
ูƒุงู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅุฐุง ุฏุฎู„ ุงู„ุนุดุฑ - ุฃูŠ ุงู„ุนุดุฑ ุงู„ุฃุฎูŠุฑ ู…ู† ุฑู…ุถุงู† - ุดุฏ ู…ุฆุฒุฑู‡، ูˆุฃุญูŠุง ู„ูŠู„ู‡، ูˆุฃูŠู‚ุธ ุฃู‡ู„ู‡ . ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡
“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengencangkan tali sarungnya (yakni meningkat amaliah ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan istri-istrinya.” Muttafaqun ‘alaihi.
    

  Manusia ni bersifat pelupa


So, apa salahnya kita manusia seagama saling mengingatkan. Kan ? Baik tepuk dada tanya diri sendiri, dalam 20 Ramadhan yang lalu tu kita buat apa. Kalau rasa-rasa tak banyak perkara baik kita buat baik 10 Ramadhan yang tinggal ni kita buat amal sebanyak yang mungkin, kumpul saham buat di akhirat nanti. Jangan asyik ingat dunia je, akhirat pun kena beringat tau. Sebab kita ni tak tahu ajal maut bila, mane tahu besok lusa tulat ajal sampuk kita dulu, kan dah menyesal nanti kan ? so, sebelum menyesal baik buat baik dulu.
Oke then, tell you what the best about 10 Ramadhan yang akhir ni. Sebab 10 Ramadhan akhir ni adalah malam mana Allah bagitahu malam Lailatul Qadar. Best kan ? *ape yang best lailatul qadar*


Boleh terus baca kat sinilah ๐Ÿ‘‡. Semua pasal lailatul qadar ada. Tak menyesal kalau ambik tahu pasal lailatu qadar ni. Ambik ilmu sikit masa bulan ramadhan ni, insya Allah ada berkat :')


Oke then, itu sahaja, selamat beramal dibulan puasa ni ye, selamat mencari saham untuk akhirat kelak, semoga maju jaya ecewahh, peringatan kita bersama. 

Assalammualaikum.


10:18:00 PM 0

10 Ramadhan 1436H



hye uols -.- memang sekian lama jugalah tak post dekat blog aku ni hahaha *gelak takde perasaan* . well macam yang selalu aku cakap kan ? too much busy with my life, my family, my work, my love my bla bla bla semualah *tangan ke bahu mata ke atas* ok done !

hmm back to my tittle today, so actually aku nak post blog haritu lagi aa masa first ramadhan tu tapi tak berkesempatan laa nak mempost bagai ni, kene lagi dah memang internet slow semacam bagaikan siput yang bejalan tu kalau boleh kalah slow siput yang bejalan tu tau kah kah kah *kesian siput yang tak bersalah*


so, Ramadhan kareem :') 


orang kata biase kalau nak minta maaf dekat orang tunggu raya nanti but for me raya tak raya kene minta maaf juga as long as you rasa yang you memang ada salah dekat orang, apa salahnya tegur then say '' minta maaf :') '' biarpun sebenarnya orang tu yang salah tapi baik tegur awal-awal minta maaf kan, kalau nak tunggu dia datang nak minta maaf dengan kita memang kalau boleh tunggu durian runtuh baru datang nak minta maaf, sebab hati orang ni kita tak tahu, ada kalanya kalau dia tak suka dengan kita sampai jumpa kita pun buat dia annoying, then ada kalanya dia datang minta maaf nanti kalau hati dia dah boleh maafkan kita. sape tahu ajal maut sapa kita dulu nanti dah takde baru nak menyesal bagai tak datang mitak maaf laa apelah, semualah. so, pilih nak dapat pahala tau nak dapat ape ? hah ? tak salah kalau kita yang datang minta maaf dulu dengan dia sebab 

'Allah suka dengan orang yang dahulu meminta maaf.'

kata nak dapat pahala free kan, dengan perkataan minta maaf tu je kita boleh dapat pahala. so jangan sia-siakan pahala tu tau.


hmmm *tengah kurik otak kejap* okeyy so ramadhan ni banyakkan buat amat contohnye
  • kurangkan mencarut
  • kurangkan mengumpat
  • kurangkan tido
  • kurangkan makan banyak sampai nak pecah perut 
lagi senang kurangkanlah apa yang boleh menurunkan % pahala kita, tapi perbanyakkan apa yang boleh meningkatkan % pahala kita :') chil *peace*

ok then, maybe sampai sini je untuk harini. sebab dah takde idea laa nak cerita apa lagi :) ngeee *senyum tunjuk gigi* 

bye the, assalammualaikum :')


12:50:00 PM 0

Setahun cuti tanpa belajar

ุงุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒู‡
 
 
 
goodmorning gais :) happy wish for this morning dengan semangatnya aku nak post dekat blog ni kah kah kah 
 
 
last year, school is about to end, so maknanya aku dah tak berkhidmat dah dengan sekolah, dah berpisah dengan kehidupan asrama, dah berpisah dengan kehidupan berdikari, dah berpisah dengan cikgu, dan yang penting aku dah berpisah dengan kawan-kawan satu kepala, satu gila-gila satu otak dengan aku, ehh tapi aku tak maksudkan kami kongsi otak okeyy just pemikiran tu jee hahaha ehh tapi lain jugalah ehh ntah ape ntah aku cakap ni aku pun tak tahu wakakakaak *gelak besar* 

so dengan bangganya aku nak bagitahu yang this year aku akan cuti setahun tanpa belajar wahaha *tepuk tangan* ehh tapi tu tak bermaksud yang aku ni penganggur yang berjaya no no no haaha aku just cakap yang aku cuti setahun tanpa belajar je kot, tahun ni habiskan masa dengan kerja kerja kerja, well dah jadi cikgu laa katakan waahahaha *mulut tenganga* takkan selamanya aku nak tanam anggur kat rumah kan, baik aku tanam duit ada juga hasil aku daripada aku tanam anggur yang tak tahu bila ntah akan berbuah, setidaknya kalau aku tanam duit bulan-bulan aku dapat untung jyeahhhh *tangan kat bahu, mata pandang atas*

hahaha so boleh panggil cikgu la ni ?? no no no belum layak lagi nak kena panggil cikgu biar anak murid aku je yang panggil aku cikgu kalau orang luar nak panggil cikgu i tough belum layak lagi kot sebab belum jadi cikgu yang kekal lagi mmm mmmm not yet *mulut leper* tunggulah aku dah jadi cikgu yang kekal nanti so boleh panggil cikgu dah wahahaha *dengan bangganya* hahahah tapi kalau nak tunggu aku jadi cikgu yang kekal hmm tu pun mungkin dalam mimpi je kot, lama lagi ni hah nak jadi cikgu yang kekal ni, ujian pun belum lepas lagi hahahaha 

so tak sambung belajar laa ni ? heeeeeepppp jangan salah sangka, hahaha pasal study i will, aku akan sambung study juga tapi tu laa tak pasti bila, yang pasti bukan tahun ni laa sebab dah jadi topik aku kan tahun ni aku cuti tanpa belajar hahaha *muka sepusen* sebab aku ni bukan manusia yang perfect 100%  aku ada kelemahan aku ada kekurangan, aku masih kurang ilmu, masih kurang pengetahuan dunia, masih kurang pegetahuan masa depan, masih kurang ilmu didada yang pastinya. haaa 
bahagia sebenarnya jadi budak sekolah lagi ni, baru dapat rasa betapa susahnya fikir pasal masa depan, dulu kata nak sangat cepat habis sekolah boleh kerja, kumpul duit, boleh KAHWIN MUDA wakakaka *tunjuk gigi* tapi sebenarnya takkk ! tak best ! no no no . aku tak suka, sebab aku penat nak fikir masa depan, dengan keputusan aku yang memang boleh membanggakan diri sendiri, tapi tak boleh membanggakan dunia kah kah kah , penat -.- bila habis sekolah ni rasa macam nak putar masa balik, nak ulang masa lalu nak catatkan rekod konon tapi apakan daya saya hanya seorang hamba yang tidak punya kuasa apapa untuk putar masa lalu :(

so bagi budak sekolah, nikmatilah masa ekolah dengan sebaik-baiknya, korang takkan tahu betapa susahnya nak fikir masa depan, betapa susahnya nak arrange masa depan dengan sempurna apatah lagi kita hanya seorang hamba tidak punya apa apa kuasa. ciptakan rekod yang baik, yang boleh membanggakan family korang, jangan nak jadi macam aku last minute belajar last last apa aku dapat? apa aku dapat aku pun tak tahu ntah. tak guna aku nak tangisi, bukan dapat putar masa lalu lagi kan ? haa  yang aku tahu aku dah redho dengan apa yang dah berlaku atas aku, aku dah redho dengan apa yang aku dapat, aku tak kesah sangat, selagi aku ada Allah aku masih kuat, buat apa nak jatuh dengan sebab yang tak tentu kan ? hihi 

so, tetapkan semangat, kuatkan semangat jyeahhhh hahaha jangan senanng nak jatuh, kalau jatuh bangun balik ! hahaha *gelak besar sampai mulut masuk lalat*

okelahh, byeee uolls, selamat tengah hari, selamat tinggal, ada masa aku update balik blog ni okeh babai then ..


assalammualaikum :)


tweet me @adziellaaaa facebook lvoe onlyone instagram _ffixiee
6:51:00 PM 0

aku redho

ุงุณู„ุงู…  ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุฉ


Kah kah kah ketawa dulu sebelum mulakan ayat melalut sekejap lagi ;) 

First of all hai dan selamat berjumpa, kah kah lama tak update blog, biasalah enternet takde nak update² ni hahaha nak cakap first post for 2015. Sampai aku lupa '' hai 2015 ๐Ÿ‘‹ and yes inilah post first aku untuk 2015 ni dan bangga menyelubungi diri kah kah kah gelak sampai pengsan dulu jap. Ehh okelah.

Hmmp cakap pasak AKU DAH REDHO ni, actually aku memang dah redho dengan result aku yang dah keluar haritu, ofcose laa hampa tu ada dalam diri tapi bila dapat semangat bertubi² dari sahabat + family + kawan + bff + sayang + semuanya aku dah boleh terima dah hakikat aku dapat result macam tu.. Dan aku hanya mampu menangis dalam hati. Uhuk² ;) sedihnye -.-

Takpe, dah rezeki aku dapat macam tu aku hanya mampu terima laa, tak boleh nak sedih sangat kang kalau sedih takde guna bukan masa boleh patah balik kan nak putar balik nak kasi aku muntaz, ciss tak akan dapat punyelah.. hahahahaha. So apa yang aku boleh buat aku kena move on, takkan tak nak move on kan, cis cakap orang kuat, hati mestilah kena kuat orang cakap, tak boleh nak lemah macam tu jee, macam orang tua² cakap, jatuh sekali bangun beribu kali, jangan sebab satu kegagalan kau putus asa, tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih, tiada kebahagiaan kalau tak pandai nak move on. Hahahahaha ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ nampak ayat aku tu woaaaa. Hahahah *tepuk tangan sikit*

Dan selebihnya aku kena kuat, aku kena kuat sebab aku ada Allah, Allah selalu ada untuk aku, so aku kena kuat ! Yaa aku kena kuat !

InsyaAllah aku boleh, ๐Ÿ˜Š